
Nazatul Shima Naharudin
May 21, 1983
Putrajaya-BB Salak Tinggi-Kerteh
Faculty of Agriculture UPM
Married, alhamdulillah, to a loving husband, Nor Imran Shahabudin. Currently applying for a PhD position and working in UPM and being a weekend wife (hehe kidding abg..)
This blog presents my two-cents opinion, observations, readings and daily journal. I apologize for any inappropriate and unsuitable content. Please let me know if anything is wrong and make du'a so that I become better :) JazaakumAllaahu khayran

|
|
|
 |
|
Wednesday, September 30, 2009
bismillah
yesterday was spent under the shades of the luxurious KLCC (convention center) plenary hall. i joined the mahathir science award lecture presented by Prof Gurdev Singh Khush from UC Davis. i decided to go to this lecture mostly due to the topic presented by
the most reknowned person in rice breeding. plus, i need a self
motivation to nurture my interest in this newly appointed direction of
my quest in the agriculture field. as early as 7 am i took the ERL to KL sentral followed by the putraLRT to suria klcc ever-crowded station. there i made my way by foot to the KLCC. after the registration, i seated my self just behind the VIPs chair, always in the middle seat. having seated near the VIPs, whom are all very distinguished (and passionate) people in agriculture, i feel humbled and inspired. they are all the forerunners in agriculture research and developemnt particularly in Malaysia and some of them world wide. the lecture hall was filled not only with academicians but also future young leaders from 2 secondary schools. kudos to their teacher for such exposure. as i skimmed thru the hall, my eyes were caught on one of the awardee, Prof Khush, walking inside the hall with his wife (well, behind every succesful man there is a supporting woman, and vice versa..kan abang? hehe). after an impressive introduction by the MC, he started the lecture series in the morning part, explaining generally about a topic so dear to his heart: how to overcome the threats in global food security. this is one of the many reasons why he started breeding rice to help the poor people in developing countries. his honesty and passion were shown on his face as he listed some of the challenges faced in rice agriculture industry. the recent hike on grain prices (rice, maize and wheat generally) had a toll on poor developing countries that depend on rice as staple food. the switch on high value food such as meat, poultry and fruits requires grains and cereals in their production. furthermore, the use of some grains in bioethanol production competes with their original purpose of being food sources. planting grains especially lowland rice requires the use of natural resources and mostly water for irrigation and this can be a problem as the water became silted and some are polluted with fertilizers. on a larger scale, the globalwarming has affected rice production as yield decreases with the raise of night temperature. he provided some approaches his team did as plant breeders, agronomists, pathologists, entomologists and many other key players in agriculture can do to overcome and hopefully alleviate the global food problems in poor countries. in the evening session, we had a more scientific discussion about his works so far. his colleagues and himself at IRRI have developed several improved rice varieties majorly to increase yield potential by increasing biomass and harvest index. they also focused on improving grain quality, both pre and post harvest. some other major contributions also include the shortening of growth duration, biotic and abiotic resistance (tolerance) and quality improvement in micronutrient content of rice grain. he achieves this via many routes, conventional breeding, inter and intra specific breeding, hybrids and genetic engineering. as genetic and breeding develops, he also make use of the molecular assisted selection in his breeding programs, especially in tagging multiple resistant genes scattered all over the rice genome. the latest focus of rice breeding has been ideotype breeding, to modify the plant architecture to better meet current demand. this morning, as i searched his publications for my future references in my work in rice insyaa ALlah, i was really impressed by Prof Khush's work. he served his life to help the needy, in academics and in life alike. i would like to continue reading his papers now..my gratefulness goes to him. may Allah reward him graciously and may Allah help in to be like him, a philantrophist, a hardworker, for the sake of others, to serve the needy insyaa Allah
Posted at 11:53 am by najmulislam
Permalink
Thursday, May 21, 2009
Bismillah   Setahun lagi Mengecap matang usia Menuntut lafaz saksi tunai lima panji ikrar enam paksi tujuan denyut nadi Tujuan nafas hela Tujuan kecap dunia Setahun lagi Bertambah kerut di pipi berkurang rias diri bimbang tentang amal fikir harta kerjaya taklif makin berganda Setahun lagi bagaimana janji 26 tahun yang lalu? ya Allah, jadikanlah aku orang yang memanfaatkan nikmat umur, sihat, lapang, kaya dan hidup, sebelum aku tua, sakit, sibuk, miskin dan mati...
Posted at 10:40 am by najmulislam
Permalink
Wednesday, May 20, 2009
lesson from our big friend
Bismillah, Abang rajin kongsikan email yang bermanfaat, yang mengandungi kata2 motivasi dan peringatan. Kelmarin abang kongsikan tentang "Mindset". Please read the following. Dalam perbualan telefon harian kami, kami bincangkan tentang email ni. Abang berpendapat bahawa semua orang harus overcome negative mindset yang membelenggu potensi, lantas abang menampalkan gambar dan kata2 itu utk dijadikan motivasi baginya utk tidak terikat pada kegagalan lalu untuk terus berusaha mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Saya bersetuju dengan pendapat abang. kita tak perlu terkongkong dengan false boundaries. hakikat haiwan yang dipelihara dan dijinakkan, tentu tuannya akan mengikat sejak kecil sehinggakan apabila dia mempunyai kekuatan utk break free, dia tidak berbuat demikian. Namun bila saya lihat dari sudut yang berbeza, manusia khususnya muslim mmg diberi limitations disebalik kebebasan memilih, akal fikiran kira berlandaskan dan berpandukan limitations dr Quran dan sunnah. In this case, ini tidak boleh dipanggil false limitation tapi ia adalah guiding limitation. Sebagai Rabb (tuan) kepada manusia, Allah telah meletakkan limitations untuk kita. Dalam surah asy-Syams, Allah berfirman yang kita telah diilhamkan yang jahat dan yang baik. Namun diletakkan boundaries dan peringatan bahawa akan berjaya orang yang menyucikan diri (dengan kebaikan) dan akan rugi orang yang ingkar. Limitation yang paling utama adalah ketauhidan kepada Allah. Allah berkali2 mengingatkan supaya jangan sekali2 bertuhankan yang selain dari Allah. Berbalik kepada gajah tadi, dia telah dilatih utk akur pada ikatan di kakinya.Sehingga dia besar dan kuat, dia masih akur pada tuannya supaya tidak melepaskan diri. Dia submit pada tuannya. Kita juga telah dilatih dan berikrar utk mentauhidkan Allah dan menobatkan ketuhanan dan pengabdian hanya pada Allah. Dalam surah al-A'raf, Allah berfirman yang bermaksud, "When thy Lord drew forth from the Children of Adam― from their loins― their descendants, and made them testify concerning themselves, (saying): "Am I not your Lord (who cherishes and sustains you)?"― They said: "Yea! we do testify!" (This), lest ye should say on the Day of Judgment: "of this we were never mindful."Astaghfirullah... Allah telah nyatakan, walaupun kita pada awalnya telah akur pada limitation tersebut, namun lama kelamaan kita akan lupa pada akujanji tersebut. lantaran itu ramai antara kita yang break free dari "ikatan" janji ini dan menjadikan tujuan hidup selain dari Allah. Maka satu pengajaran yang mungkin tidak ketara dan tidak jelas tersurat dari gambar di atas adalah, kesaksian dan kepatuhan yang tidak berbelah bahagi kepada Tuan (Rabb) kita yang sebenar, Allah. Maha Suci Allah, yang menjadikan tanda2 kebesaran Nya sebagai peringatan kepada hamba2Nya...
Posted at 10:37 am by najmulislam
Permalink
Tuesday, May 19, 2009
the tiny bits u have to appreciate
Bismillah
Alhamdulillah rite now da masuk 2 months in MPOB, doing my internship as part of my master's degree requirement. Allah made it easy for me utk dptkan peluang to be closer to Imran, skrg da upgrade to once a week utk jumpa, much2 better than being on two different continent with 7 hours difference. Sekarang Imran pulang ke Putrajaya malam khamis dan balik ke kerteh petang Sabtu, kalau takde tugasan. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sepatutnye mmg kene selalu memuji Allah dan berterima kasih sbb beri limpahan rezeki dan nikmat pada hambaNya yang sering lupe ni. kadang2 rasa sedih, especially bile Imran nak balik ke Kerteh semula petang Sabtu tu. Rasa tak puas hati. Tapi Imran selalu igtkan,
"Kita kene banyak2 syukur sayang, Allah dah mudahkan pertemuan kita. Alhamdulillah, skrg boleh jumpa life lagi. Tiap2 minggu pulak tu. Dah2 jangan sedih, minggu depan abang balik, insyaa Allah. Doakan abang."
bestnye dapat suami soleh..alhamdulillah alhamdulillah
Every little moment yang dpt spend sama2 sangat la precious. Solat sama2, makan sama2, dpt jalan2.
And alhamdulillah imran dah purchase a new home for us at Salak Tinggi. Soon insyaa Allah akan menetap di situ. Rasa malu nak minta2 dengan Allah sbb apa yg Allah minta kita buat pun kita tak terbuat. tapi dengan rasa amat2 memerlukan Allah, saya mohon juga..supaya Imran dapat transfer ke cawangan area KL/Selangor. then, boleh la duduk full time bersama di rumah baru kami, insyaa Allah. Alhamdulillah Alhamdulillah..
Progress Master degree pun alhamdulillah, lancar semuanya. Thesis da selesai, semua courses da ambil, cuma tinggal internship ni yang akan tamat hujung July. Baru tadi register utk graduation bulan August nanti. Alhamdulillah. Alhamdulillah..
Internship pun so far berjalan baik. Analysis da complete 2. Tinggal 2. Boleh mula menulis dan prepare slide show. Alhamdulillah..Alhamdulillah...
maka nikmat Allah yang mana kamu dustakan? alhamdulillah alhamdulillah..
Posted at 01:50 pm by najmulislam
Permalink
Friday, February 27, 2009
wajibaat risalah ta'lim yg perlu sama2 kita azamkan
pesan asy-syahid imam hassan al-banna Wahai akh(akhawat) yang benar dalam dakwahnya: 1. Kamu hendaklah mempunyai wirid al-Quran harian iaitu tidak kurang dari satu juzuk sehari dan berusahalah agar kamu menghabiskannya dalam masa yang tidak lebih dari sebulan dan tidak kurang dari tiga hari.
2. Hendaklah
kamu perelokkan bacaan al-Quran kamu, mendengar dan mentadabbur makna-maknanya. Hendaklah kamu memenuhi masa kamu dengan mempelajari sirah yang suci dan juga sejarah para salaf, paling kurang bacalah kitab `Humatul Islam'. Hendaklah juga kamu banyakkan membaca hadis Rasulullah s.a.w, menghafal paling kurang empat puluh hadis dan seboleh-bolehnya hendaklah hadis empat puluh pilihan an-Nawawi. Kamu juga hendaklah mempelajari usul akidah dan cabang-cabang fekah.
3. Sentiasa membuat pemeriksaan am kesihatan dan mendapat
rawatan setiap penyakit yang dihidapi, juga mementingkan unsur-unsur kekuatan dan pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur pembawa penyakit.
4. Jauhkan dari terlampau banyak minum kopi, teh dan lain-lain minuman penyegar, jangan minum minuman-minuman ini kecuali ketika darurat. Janganlah sekali-kali merokok.
5. Hendaklah menjaga kebersihan dalam setiap perkara sama ada dalam tempat tinggal, pakaian, makanan, badan dan juga tempat kerja. Agama dibina atas asas kebersihan.
6. Hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.
7. Hendaklah jujur dalam menunaikan segala janji dan kata-kata. Janganlah melanggarnya walaupun apa juga keadaan.
8. Hendaklah menjadi seorang yang berani dan tabah menanggung kesusahan. Keberanian yang paling utama adalah berterus terang dalam perkara benar, merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui kesilapan sendiri dan insaf diri dan mampu mengawal diri ketika
marah.
9. Hendaklah sentiasa warak, tenang dan serius. Kewarakan kamu tidak menghalang kamu dari gurauan benar ataupun suka dalam senyuman.
10. Hendaklah menjadi seorang yang pemalu dan sensitif, kuat terkesan dengan kebaikan dan keburukan iaitu bergembira dengan yang pertama (kebaikan) dan sedih dengan perkara yang kedua (keburukan). Hendaklah juga menjadi seorang yang tawadhuk dalam perkara yang bukan mendatang kehinaan,
ketundukan dan pendustaan. Hendaklah meminta gaji yang kurang dan gaji sebenarnya agar kamu dapat sampai kepada darjat tawadhuk.
11. Hendaklah sentiasa adil dan benar dalam setiap keputusan yang diambil dalam apa jua keadaan. Kemarahan kamu kepada sesuatu perkara janganlah melupakan kamu akan kebaikan-kebaikan yang ada, begitu juga perasaan redha kamu pada satu perkara janganlah menutup segala kejahatan yang ada. Janganlah pertelingkahan kamu menjadikan kamu melupakan segala nilai
murni. Bercakap benarlah walaupun dalam perkara yang menyentuh diri sendiri ataupun menyentuh orang yang terdekat dengan kamu sekalipun perkara yang kamu tidak sukai.
12. Hendaklah menjadi seorang yang sentiasa cergas, ringan tulang dalam khidmat awam, gembira dan riang jika dapat memberikan bantuan dan khidmat kepada orang lain. Ziarahilah orang sakit, bantulah orang yang berhajat, menanggung orang yang lemah, membantu orang yang ditimpa kemalangan walaupun hanya dengan perkataan yang baik, juga sentiasalah bersegera dalam amalan kebaikan.
13. Hendaklah menjadi seorang yang menyayangi, memuliakan, memaafkan, mengampun dan berlembut dengan manusia mahupun binatang. Hendaklah mempunyai interaksi dan akhlak yang elok dengan semua manusia, memelihara adab Islam dan kemasyarakatan, mengasihi kanak-kanak, memuliakan dan menghormati orang tua, melapangkan majlis, tidak menyelinap dan merisik hal orang lain, tidak mengumpat dan bertempik-tempik, meminta izin jika
ingin masuk dan keluar dan lain-lain lagi.
14. Bijak dalam membaca dan menulis, banyak mentelaah perutusan-perutusan, akhbar, majalah Ikhwan dan sebagainya. Hendaklah membuat perpustakaan sendiri walaupun kecil, hendaklah kamu menjadi seorang yang pakar dalam bidang ilmu dan seninya jika kamu seorang ahli takhasus. Hendaklah kamu menguasai hal-ehwal am Islam yang membolehkan kamu menggambarkannya dan memutuskan sesuatu hukum yang bertepatan dengan kehendak fikrah.
15. Hendaklah berkecimpung dalam kerja ekonomi walaupun banyak mana harta kamu. Hendaklah melebihkan kerja sendiri walaupun dengan pendapatan yang kecil, juga hendaklah menumpukan segala usaha kamu kepadanya walaupun setinggi mana tahap pencapaian akademik kamu.
16. Jangan terlalu mengharapkan kerja dengan kerajaan dan hendaklah kamu menganggapnya sebagai pintu rezeki yang paling sempit. Jangan pula kamu menolaknya jika kamu diberikan
peluang. Janganlah kamu melepaskannya kecualilah jika ia bertentangan secara langsung dengan kewajipan dakwah.
17. Pastikan kamu melakukan pekerjaan kamu dengan seelok eloknya, penuh ketekunan, dedikasi, tidak menipu dan tepat pada masanya.
18. Hendaklah kamu menjadi seorang yang bijak menunaikan hak-hak kewajipan kamu, hendaklah menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna tidak ada kekurangan, dan tidak sekali menangguh-nangguh.
19. Hendaklah jauhkan diri dari sebarang jenis perjudian walaupun apa tujuan lain di belakangnya, jauhkanlah diri dari segala punca pendapatan yang haram walaupun sebanyak mana keuntungan segera yang akan didapati.
20. Jauhkan diri dari riba dalam segala bidang muamalah dan bersihkan diri anda keseluruhannya dari riba.
21. Hendaklah memberikan khidmat positif kepada perkembangan ekonomi Islam dengan mendokong segala kilang-kilang dan binaan-binaan ekonomi Islam. Jagalah
setiap sen duit kamu agar jangan terjatuh ke tangan pihak bukan Islam walau apa jua keadaan. Janganlah kamu makan dan pakai kecuali dari makanan dan pakaian buatan negara Islam kamu sendiri.
22. Memberikan saham sebahagian dari harta kamu untuk dakwah, menunaikan zakat yang diwajibkan ke atas kamu dan jadikanlah ia sebagai hak yang maklum kepada orang yang berhajat dan ketiadaan harta benda, walau sekecil manapun pendapatanmu.
23.
Hendaklah mempunyai simpanan harta walaupun sedikit untuk masa kecemasan dan jangan sekali-kali terjerumus dalam membelanjakannya kepada perkara yang hanya bersifat menyempurnakan.
24. Hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan segala adat-adat Islam dan menghapuskan adat-adat asing dalam seluruh aspek kehidupanmu. Antaranya: adat-adat yang bersangkutan dengan salam alu-aluan, bahasa, sejarah, fesyen, perkakas rumah, jadualkerja dan rehat, makanan dan minuman, jadual sampai dan bertolak, kesedihan dan kesukaan dan
sebagainya. Hendaklah kamu sentiasa merujuknya daripada sunah Rasulullah s.a.w yang suci.
25. Hendaklah kamu memulaukan segala mahkamah tradisi dan setiap hukuman yang tidak menepati Islam, memulaukan sepenuhnya kelab-kelab, media massa, kumpulan, sekolah-sekolah dan pertubuhan yang menentang fikrah kamu.
26. Sentiasa bermuraqabah kepada Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia untuknya. Hendaklah kamu melakukan segala perkara yang
menyampaikan kamu kepada keredhaan Allah dengan penuh kebanggaan dan keazaman. Hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadat-ibadat sunat seperti sembahyang malam, berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari sebulan, memperbanyakkan zikir hati dan lidah dan menyertakan doa yang muktabar dalam setiap keadaan.
27. Hendaklah kamu sentiasa menjaga kesucian badan kamu dan sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk kebanyakan waktu.
28. Perelokkan sembahyang kamu, sentiasa mengerjakannya pada waktunya dan menjaganya agar ditunaikannya secara berjemaah dan di masjid sejauh kemampuan kamu.
29. Hendaklah berpuasa Ramadhan, mengerjakan haji jika mampu dan berusaha ke arahnya jika kamu masih belum ada kemampuan mengerjakan haji.
30. Sentiasalah sematkan niat untuk berjihad dan perasaan mencintai syahid dalam hatimu dan bersedialah untuk itu sedaya upaya kamu.
31. Hendaklah sentiasa memperbaharui taubatmu, sentiasa
beristighfar, melepaskan diri dan dosa-dosa kecil tambahan pula dosa-dosa besar. Hendaklah kamu memperuntukkan sedikit masa untuk menghitung amalanmu sama ada baik ataupun tidak, sebelum tidur, berwaspada dari membuang masa kerana masa adalah kehidupan, tidak menghabiskannya dalam perkara yang tidak berfaedah dan hendaklah kamu warak dalam perkara yang syubhat supaya kamu tidak terjerumus dalam perkara yang haram.
32. Hendaklah kamu berjihad keras melawan nafsu kamu supaya kamu
dapat mengawalnya, hendaklah kamu menundukkan pandangan kamu, mengawal perasaan kamu, melawan dorongan seks dalam diri kamu dan hendaklah sentiasa mencari perkara yang halal dan baik dan menghalang kamu dari melakukan perbuatan yang haram.
33. Hendaklah kamu menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari arak dan perkara yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan dan yang seumpamanya.
34. Hendaklah kamu menjauhkan diri kamu dari kawan yang jahat
dan merosakkan begitu juga dari tempat-tempat maksiat dan dosa.
35. Hendaklah kamu memerangi tempat-tempat yang melalaikan lebih-lebih lagi dari mendekatinya. Kamu juga hendaklah menjauhkan diri dari segala bentuk kemewahan.
36. Hendaklah kamu mengenali dengan terperinci setiap individu dari kalangan anggota katibah kamu dan juga kenalkan diri kamu sedetailnya kepada mereka. Tunaikanlah hak-hak persaudaraan secara sempurna seperti kasih sayang, menghargai saudara, bantu membantu
dan melebihkan mereka dari diri kamu sendiri (ithar). Hendaklah kamu sentiasa menghadiri perjumpaan mereka dan janganlah ponteng darinya kecualilah dengan sebab keuzuran yang memaksa. Hendaklah sentiasa melebihkan mereka dalam setiap interaksi kamu.
37. Hendaklah merungkaikan segala ikatan kamu dengan segala pertubuhan atau jemaah yang tidak ada hubungkaitnya dengan kepentingan fikrah kamu khasnya jika kamu diperintahkan sedemikian.
38. Berusahalah untuk menyebarkan dakwah kamu ke setiap pelusuk bumi ini dan hendaklah sentiasa memberitahu pimpinan kamu apa sahaja keadaan yang kamu hadapi dan janganlah membuat sesuatu yang memberikan kesan yang besar kecuali dengan izin, hendaklah sentiasa berada dalam hubungan sama ada ruh atau amali dengan pimpinan. Hendaklah kamu sentiasa menganggap diri kamu sebagai seorang tentera di pengkalannya yang sentiasa bersedia menunggu arahan.
Posted at 10:42 am by najmulislam
Permalink
Wednesday, October 22, 2008
bergaul dgn org istiqamah ialah kebajikan, meniru cara hidup mereka adalah kejayaan - yusuf qardhawi
wasiat abdullah abd rahman tentang istiqamah 1) Berdoa agar sentiasa ditetapkan hati, sentiasa di jalanNya 2) Bykkan bersama org soleh dan menghadiri majlis ilmu 3) Mendalami sirah sahabat/org2 soleh supaya dpt mencontohi dan mengambil iktibar 4) Banyak dgr rakaman islamiyah (ceramah, zikir, bacaan quran, nasyid) 5) Bersungguh2 menunaikan ibadah fardhu 6) Membanyakkan amalan2 sunnat 7) Baca/hafaz quran dan tadabbur 8) dzikrullah/istighfar 9) menjauhi perkara yg merosakkan hati 10) segera bertaubat dgn sungguh2
-Usrah online Holland-
Posted at 05:41 am by najmulislam
Permalink
Thursday, September 25, 2008
Acara tausiyah sebelum iftar berjalan seperti yang direncanakan. Kali ini seorang bapak (maaf ya..lupa namanya..) yang cuma beberapa minggu di Holland utk seminar berkongsi buah fikirannya tentang pemerhatian dan pengalamannya di bumi speda ini. Beliau memberi komen tentang sikap peribadi yang patut ada pada seorang muslim jelas terlihat pada komuniti Belanda, baik semasa di jalan raya, mahupun di tempat kerja. Pertama soal mematuhi peraturan di jalan raya. Di sini, semua pengguna jalan, dari pejalan kaki, penunggang basikal dan pemandu kereta, semuanya saling memahami dan toleransi. Memandangkan berbasikal adalah modus pengangkutan utama di sini, struktur jalan raya di Wageningen mmg direka utk memenuhi ciri2 keselamatan dan keselesaan. Bukan sahaja itu, malah penunggang basikal diberi keutamaan di jalan raya. Jadi, di simpang yang tidak berlampu isyarat (ya, mereka ada lampu isyarat utk basikal), basikal akan diberi laluan dulu. Sepatutnya perkara ini sama dengan pejalan kaki negara kita. Saya juga ingat sewaktu di US dahulu yang melintas jalan bukanlah sesuatu yang menakutkan seperti di Malaysia. bayangkan saja, even di jalan kecil pun kalau nak melintas, kenderaan bermotor bukan makin perlahan malah memecut dan to add the salt to the wound, ditambah pula dengan maki hamun. Lain sungguh dengan sikap sabar dan tolak ansur org barat di jalan raya. Walaupun budaya timur selalu terkenal dengan kesopanan dan kelembutan tutur, namun semua itu lesap bila masing2 memegang stering. Sikap2 islamiyah yang sepatutnya jadi pegangan kita sehari2 seolah2 dilupakan. Bagaimana org barat yang kebanyakkannya tidak percaya tuhan, dan majoritinya bukan islam mampu menerapkan sikap mengutamakan orang lain (ikram ) dan sabar? satu perkara yang kita perlu sama2 renung dan ubah... Perkara kedua soal kerja. Di sini, kerja apa pun, semuanya dilakukan bersungguh2. Dari pemandu bas yang sentiasa tersenyum dan ramah, makcik/pakcik cleaner yang rajin dan selalu mengucapkan "Goede morgen", kepada lecturer yang rendah diri dan approachable; they have one thing in common, they do their job sincerely. Atau kata lainnya ikhlas. Kakitangan akademik mmg sungguh2 membantu, biarpun berulang kali menerangkan. Driver bas jugak seperti enjoy melakukan tugasnya walaupun hari2 adalah sama. Di US begitu juga, salah satu perkara yg saya kagum adalah bas di sana, mmg lengkap dengan kemudahan orang kurang upaya. Driver bas siap tolong pasangkan harness lagi utk org berwheelchair or org yg bawak baby stroller. Kalau di negara kita, bas siap buat "corner lipat" lagi. bukan pakcik bas saja, kebanyakan kita mcm tak ikhlas nak buat kerja. ada saja komplen tak cukup itu ini sbb kita kerja semata2 nak dpt gaji, bukan lillah taala. saya rasa org sini takde la konsep sebegitu, tapi mereka mampu mendidik diri supaya sentiasa menjalankan tugas dgn baik. Itu antara sikap sehari2 yang patut sebati dalam diri kita sebagai muslim, tapi our non muslim counterparts obviously outdo us. kita yang ada islam sebagai panduan hidup sepatutnya jadi seperti mereka malah lebih baik. ternyata, mereka lebih islam dari muslim. ini kerana anggapan kita terhadap islam hanya tertumpu pada hubungan vertical dan tidak horizontal. kita anggap cukup lah islam kita dengan solat puasa zakat dan haji (vertical) tapi kita lupa dengan muamalat sesama manusia (horizontal). Seharusnya kita menjadikan islam sebagai cara hidup kita, dengan Allah, dengan manusia, dan juga dengan alam jagat.
Posted at 05:46 am by najmulislam
Permalink
Sunday, September 07, 2008
Bismillaah Alhamdulillah masih berkesempatan menghirup udara Ramadhan 1429H. Dan kali ini hari2 minggu Ramadhan di Wageningen diserikan dengan majlis pengajian dan ta'lim bersama rakan2 serumpun dari Indonesia. Masih terasa kenangan sewaktu di US dahulu, sahabat Malaysia dan Indonesia bekerjasama mengkoordinasi program jama'ah utk mengisi period2 libur. Alhamdulillah, amalan ini masih bisa diteruskan di bumi Holland. Memang sy rasa senang bersama anak2 Indonesia :)
Minggu pertama pengisiannya diberi oleh Pak Marco. Pak Marco was born Dutch and he's married to an Indonesian, hence, his fluency in Indonesian language and tolerance to spicy food are undeniable :). Apa yang lebih menarik, kami berkesempatan mendengar pengalaman pak Marco sebagai seorang Muslim. Mungkin tajuknya agak cliche, mmg ini soalan yg biasa ditanya pada "saudara2 baru". Tapi setiap pengalaman mereka sememangnya memberi suntikan baru kepada kami yang sentiasa lupa nikmat iman dan islam yang tersedia ada didepan mata...
Pak Marco menyentuh tentang reaksi orang2 Belanda terhadap perkembangan Islam di sini, juga reaksi mereka terhadap org2 seperti Pak Marco. Org Belanda sepertinya agak sukar menerima "invasion of the new doctrine" dalam atmosphere mereka. Jujurnya, bilang pak marco, mereka sedar ttg Islam, rata2 mereka punya access internet, jadi tak susah utk mencari info. Mereka tahu ttg arkanul islam. Lagi2 dengan ketibaan ramadhan, mereka juga langsung mengucapkan selamat berpuasa. Di pejabat sy begitu juga, mereka aware dengan ritual ini dan mereka sepertinya excited dan concern ingin tahu. Bilang pak Marco lagi, org belanda mmg tak punya masalah dgn rukun islam yg ini. juga mereka tak punya masalah dengan zakat dan haji. Bagi mereka, itu sangat menarik. alhamdulillah, semoga ianya jadi satu permulaan. tapi mereka tidak begitu senang dengan pembinaan masjid yang semakin banyak di holland. mereka juga tidak senang dengan pertambahan org2 belanda mengucapkan syahadah. pengalaman peribadi pak Marco, dia sering dipandang sinis oleh rakan sekerja kerana dia telah jadi "one of them". Semoga Allah memberi kekuatan pada saudara2 di negara barat kerana tekanan yg mereka alami sebenarnya lebih hebat dari kita yang sedia muslim.
Sempat sy melontarkan pertanyaan kpd pak Marco, mengapa org2 belanda agak resistan menerima perubahan? Pak Marco berpendapat mereka mmg amat definitif dalam soal religion, sehinggakan org yg berfahaman lain tidak mengunjungi gereja yg lainnya. kalau dalam agama kristian sendiri pun mereka tidak bisa menerima perbezaan, apa lagi agama yg lain..lebih2 lagi islam yg sekarang diprejudiskan oleh media.. but i wonder, adakah ini juga kerana sikap dan kelemahan muslim di sini yg menyebabkan mereka reluctant menerima Islam? Kita kurang praktik adab2 dan cara hidup islam dalam amalan seharian kita. kita tak tepati waktu perjumpaan seperti yg dilatih melalui solat. kita kurang sabar dalam interaksi seharian seperti yang dipupuk melalui puasa. kita tidak prihatin pada yg memerlukan seperti yg dianjurkan oleh amalan zakat dan sadaqah. di negara eropah, kebanyakan org islam adalah golongan berpendapatan rendah, terutamanya imigran yg dtg dr negara islam berdekatan. ada juga yg end up menjadi pengemis. ada yg unemplyed dan mengharap duit subsidi kerajaan. ini mungkin memberi implikasi yg muslim adalah org2 susah, yg mengharap pada ihsan org, yg kurang berusaha. Allaahu a'lam. walaubagaimanapun saya yakin dengan janji Allah, yang syiarNya akan tetap menyinar "walau kariha al-kaafiruun". Tapi sy juga berharap agar ummat islam sama2 kembali pada ajaran dan cara hidup islam sebenar agar beroleh izzah. kerana mereka memerhati dan menilai kita dan kita bertanggungjawab memberi contoh yang baik, seperti mana yg rasulullah tunjukkan sepanjang hayat baginda.
Posted at 04:16 am by najmulislam
Permalink
Thursday, July 24, 2008
sayang mahu jadi isteri yang tabah dan sabar isteri yang tak perlu dimanjakan selalu tapi jika abang menghulurkan kasih, sayang bersyukur kerana itu nikmat utk sayang dari Allah mungkin di atas kesabaran sayang, alhamdulillah
sayang mahu jadi isteri yang kuat isteri yang menyokong semangat abang dengan doa bukan dengan rajuk dan tangis rindu sebab ianya akan jadi pelemah semangat juang abang
sayang mahu jadi isteri seorang pejuang jadi sayang juga harus berjuang melawan perasaan, mengubat kerinduan dengan banyak2 mengingati Allah dengan sentiasa bersangka baik kepada abang jadi, jangan abang risaukan sayang sayang tabah, sabar dan kuat insyaa Allah.
jangan kabutkan fikiran abang dengan sayang sayang fitnah untuk abang gagallah sayang sebagai isteri kalau abang terganggu dengan sayang
jangan risaukan hati abang dengan sayang sayang seorang perempuan yang hatinya Allah ciptakan amat istimewa marahnya tidak lama, berkat tarbiyah, sejuklah dia.. insyaa Allah
ya Allah, sirami hati kami dengan sabar dan tawakkal
Posted at 05:58 am by najmulislam
Permalink
Friday, June 27, 2008
Bismillah
bila terlalu cinta manusia kita mula hilang punca kita lupa erti cinta yang mulia kita lupa kembali padaNya kita sangka masa depan dalam tangan kita kita fikir boleh dapat semua
mata kita kabur hati kita tak syukur tawakkal kita lebur
mujurlah salah seorang dari kita pantas mengingatkan semula segala adalah kudratNya kita adalah makhluk lemah tiada daya kekuatan datang hanya dalam doa kerana ia tak pernah dipersia
cinta Allah... "ud'uu ni, astajib lakum"
perpisahan menguji cinta perpisahan mengajar redha namun diakhir nanti kan pasti disebalik keyakinan pada cinta Ilahi kita akan ditemukan nanti
Posted at 06:51 am by najmulislam
Permalink
|
|
|