Nazatul Shima Naharudin
May 21, 1983
Putrajaya-BB Salak Tinggi-Kerteh

Faculty of Agriculture UPM

Married, alhamdulillah, to a loving husband, Nor Imran Shahabudin. Currently applying for a PhD position and working in UPM and being a weekend wife (hehe kidding abg..)

This blog presents my two-cents opinion, observations, readings and daily journal. I apologize for any inappropriate and unsuitable content. Please let me know if anything is wrong and make du'a so that I become better :) JazaakumAllaahu khayran

Daisypath Anniversary Years Ticker
   

<< May 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31





rss feed


Wednesday, May 20, 2009
lesson from our big friend

Bismillah,

Abang rajin kongsikan email yang bermanfaat, yang mengandungi kata2 motivasi dan peringatan. Kelmarin abang kongsikan tentang "Mindset".  Please read the following.



Dalam perbualan telefon harian kami, kami bincangkan tentang email ni. Abang berpendapat bahawa semua orang harus overcome negative mindset yang membelenggu potensi, lantas abang menampalkan gambar dan kata2 itu utk dijadikan motivasi baginya utk tidak terikat pada kegagalan lalu untuk terus berusaha mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.

Saya bersetuju dengan pendapat abang. kita tak perlu terkongkong dengan false boundaries. hakikat haiwan yang dipelihara dan dijinakkan, tentu tuannya akan mengikat sejak kecil sehinggakan apabila dia mempunyai kekuatan utk break free, dia tidak berbuat demikian.

Namun bila saya lihat dari sudut yang berbeza, manusia khususnya muslim mmg diberi limitations disebalik kebebasan memilih, akal fikiran kira berlandaskan dan berpandukan limitations dr Quran dan sunnah. In this case, ini tidak boleh dipanggil false limitation tapi ia adalah guiding limitation. Sebagai Rabb (tuan) kepada manusia, Allah telah meletakkan limitations untuk kita.

Dalam surah asy-Syams, Allah berfirman yang kita telah diilhamkan yang jahat dan yang baik. Namun diletakkan boundaries dan peringatan bahawa akan berjaya orang yang menyucikan diri (dengan kebaikan) dan akan rugi orang yang ingkar. Limitation yang paling utama adalah ketauhidan kepada Allah. Allah berkali2 mengingatkan supaya jangan sekali2 bertuhankan yang selain dari Allah.

Berbalik kepada gajah tadi, dia telah dilatih utk akur pada ikatan di kakinya.Sehingga dia besar dan kuat, dia masih akur pada tuannya supaya tidak melepaskan diri. Dia submit pada tuannya.

Kita juga telah dilatih dan berikrar utk mentauhidkan Allah dan menobatkan ketuhanan dan pengabdian hanya pada Allah. Dalam surah al-A'raf, Allah berfirman yang bermaksud,

"When thy Lord drew forth from the Children of Adam― from their loins― their descendants, and made them testify concerning themselves, (saying): "Am I not your Lord (who cherishes and sustains you)?"― They said: "Yea! we do testify!" (This), lest ye should say on the Day of Judgment: "of this we were never mindful."

Astaghfirullah...
Allah telah nyatakan, walaupun kita pada awalnya telah akur pada limitation tersebut, namun lama kelamaan kita akan lupa pada akujanji tersebut. lantaran itu ramai antara kita yang break free dari "ikatan" janji ini dan menjadikan tujuan hidup selain dari Allah.
Maka satu pengajaran yang mungkin tidak ketara dan tidak jelas tersurat dari gambar di atas adalah, kesaksian dan kepatuhan yang tidak berbelah bahagi kepada Tuan (Rabb) kita yang sebenar, Allah.

Maha Suci Allah, yang menjadikan tanda2 kebesaran Nya sebagai peringatan kepada hamba2Nya...


Posted at 10:37 am by najmulislam

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry