Nazatul Shima Naharudin
May 21, 1983
Putrajaya-BB Salak Tinggi-Kerteh

Faculty of Agriculture UPM

Married, alhamdulillah, to a loving husband, Nor Imran Shahabudin. Currently applying for a PhD position and working in UPM and being a weekend wife (hehe kidding abg..)

This blog presents my two-cents opinion, observations, readings and daily journal. I apologize for any inappropriate and unsuitable content. Please let me know if anything is wrong and make du'a so that I become better :) JazaakumAllaahu khayran

Daisypath Anniversary Years Ticker
   

<< September 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30





rss feed


Sunday, September 07, 2008
islam di belanda

Bismillaah
Alhamdulillah masih berkesempatan menghirup udara Ramadhan 1429H. Dan kali ini hari2 minggu Ramadhan di Wageningen diserikan dengan majlis pengajian dan ta'lim bersama rakan2 serumpun dari Indonesia. Masih terasa kenangan sewaktu di US dahulu, sahabat Malaysia dan Indonesia bekerjasama mengkoordinasi program jama'ah utk mengisi period2 libur. Alhamdulillah, amalan ini masih bisa diteruskan di bumi Holland. Memang sy rasa senang bersama anak2 Indonesia :)

Minggu pertama pengisiannya diberi oleh Pak Marco. Pak Marco was born Dutch and he's married to an Indonesian, hence, his fluency in Indonesian language and tolerance to spicy food are undeniable :). Apa yang lebih menarik, kami berkesempatan mendengar pengalaman pak Marco sebagai seorang Muslim. Mungkin tajuknya agak cliche, mmg ini soalan yg biasa ditanya pada "saudara2 baru". Tapi setiap pengalaman mereka sememangnya memberi suntikan baru kepada kami yang sentiasa lupa nikmat iman dan islam yang tersedia ada didepan mata...

Pak Marco menyentuh tentang reaksi orang2 Belanda terhadap perkembangan Islam di sini, juga reaksi mereka terhadap org2 seperti Pak Marco. Org Belanda sepertinya agak sukar menerima "invasion of the new doctrine" dalam atmosphere mereka. Jujurnya, bilang pak marco, mereka sedar ttg Islam, rata2 mereka punya access internet, jadi tak susah utk mencari info. Mereka tahu ttg arkanul islam. Lagi2 dengan ketibaan ramadhan, mereka juga langsung mengucapkan selamat berpuasa. Di pejabat sy begitu juga, mereka aware dengan ritual ini dan mereka sepertinya excited dan concern ingin tahu. Bilang pak Marco lagi, org belanda mmg tak punya masalah dgn rukun islam yg ini. juga mereka tak punya masalah dengan zakat dan haji. Bagi mereka, itu sangat menarik. alhamdulillah, semoga ianya jadi satu permulaan. tapi mereka tidak begitu senang dengan pembinaan masjid yang semakin banyak di holland. mereka juga tidak senang dengan pertambahan org2 belanda mengucapkan syahadah. pengalaman peribadi pak Marco, dia sering dipandang sinis oleh rakan sekerja kerana dia telah jadi "one of them". Semoga Allah memberi kekuatan pada saudara2 di negara barat kerana tekanan yg mereka alami sebenarnya lebih hebat dari kita yang sedia muslim.

Sempat sy melontarkan pertanyaan kpd pak Marco, mengapa org2 belanda agak resistan menerima perubahan? Pak Marco berpendapat mereka mmg amat definitif dalam soal religion, sehinggakan org yg berfahaman lain tidak mengunjungi gereja yg lainnya. kalau dalam agama kristian sendiri pun mereka tidak bisa menerima perbezaan, apa lagi agama yg lain..lebih2 lagi islam yg sekarang diprejudiskan oleh media..
but i wonder, adakah ini juga kerana sikap dan kelemahan muslim di sini yg menyebabkan mereka reluctant menerima Islam? Kita kurang praktik adab2 dan cara hidup islam dalam amalan seharian kita. kita tak tepati waktu perjumpaan seperti yg dilatih melalui solat. kita kurang sabar dalam interaksi seharian seperti yang dipupuk melalui puasa. kita tidak prihatin pada yg memerlukan seperti yg dianjurkan oleh amalan zakat dan sadaqah. di negara eropah, kebanyakan org islam adalah golongan berpendapatan rendah, terutamanya imigran yg dtg dr negara islam berdekatan. ada juga yg end up menjadi pengemis. ada yg unemplyed dan mengharap duit subsidi kerajaan. ini mungkin memberi implikasi yg muslim adalah org2 susah, yg mengharap pada ihsan org, yg kurang berusaha.
Allaahu a'lam.
walaubagaimanapun saya yakin dengan janji Allah, yang syiarNya akan tetap menyinar "walau kariha al-kaafiruun". Tapi sy juga berharap agar ummat islam sama2 kembali pada ajaran dan cara hidup islam sebenar agar beroleh izzah. kerana mereka memerhati dan menilai kita dan kita bertanggungjawab memberi contoh yang baik, seperti mana yg rasulullah tunjukkan sepanjang hayat baginda.

Posted at 04:16 am by najmulislam

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry