Entry: Lebih islam dari muslim Thursday, September 25, 2008



Acara tausiyah sebelum iftar berjalan seperti yang direncanakan. Kali ini seorang bapak (maaf ya..lupa namanya..) yang cuma beberapa minggu di Holland utk seminar berkongsi buah fikirannya tentang pemerhatian dan pengalamannya di bumi speda ini. Beliau memberi komen tentang sikap peribadi yang patut ada pada seorang muslim  jelas terlihat pada komuniti Belanda, baik semasa di jalan raya, mahupun di tempat kerja.
Pertama soal mematuhi peraturan di jalan raya.  Di sini, semua pengguna jalan, dari pejalan kaki, penunggang basikal dan pemandu kereta, semuanya saling memahami dan toleransi. Memandangkan berbasikal adalah modus pengangkutan utama di sini, struktur jalan raya di Wageningen mmg direka utk memenuhi ciri2 keselamatan dan keselesaan. Bukan sahaja itu, malah penunggang basikal diberi keutamaan di jalan raya. Jadi, di simpang yang tidak berlampu isyarat (ya, mereka ada lampu isyarat utk basikal), basikal akan diberi laluan dulu. Sepatutnya perkara ini sama dengan pejalan kaki negara kita. Saya juga ingat sewaktu di US dahulu yang melintas jalan bukanlah sesuatu yang menakutkan seperti di Malaysia. bayangkan saja, even di jalan kecil pun kalau nak melintas, kenderaan bermotor bukan makin perlahan malah memecut dan to add the salt to the wound, ditambah pula dengan maki hamun. Lain sungguh dengan sikap sabar dan tolak ansur org barat di jalan raya. Walaupun budaya timur selalu terkenal dengan kesopanan dan kelembutan tutur, namun semua itu lesap bila masing2 memegang stering. Sikap2 islamiyah yang sepatutnya jadi pegangan kita sehari2 seolah2 dilupakan. Bagaimana org barat yang kebanyakkannya tidak percaya tuhan, dan majoritinya bukan islam mampu menerapkan sikap mengutamakan orang lain (ikram ) dan sabar? satu perkara yang kita perlu sama2 renung dan ubah...
Perkara kedua soal kerja. Di sini, kerja apa pun, semuanya dilakukan bersungguh2. Dari pemandu bas yang sentiasa tersenyum dan ramah, makcik/pakcik cleaner yang rajin dan selalu mengucapkan "Goede morgen", kepada lecturer yang rendah diri dan approachable; they have one thing in common, they do their job sincerely. Atau kata lainnya ikhlas. Kakitangan akademik mmg sungguh2 membantu, biarpun berulang kali menerangkan. Driver bas jugak seperti enjoy melakukan tugasnya walaupun hari2 adalah sama. Di US begitu juga, salah satu perkara yg saya kagum adalah bas di sana, mmg lengkap dengan kemudahan orang kurang upaya. Driver bas siap tolong pasangkan harness lagi utk org berwheelchair or org yg bawak baby stroller. Kalau di negara kita, bas siap buat "corner lipat" lagi. bukan pakcik bas saja, kebanyakan kita mcm tak ikhlas nak buat kerja. ada saja komplen tak cukup itu ini sbb kita kerja semata2 nak dpt gaji, bukan lillah taala. saya rasa org sini takde la konsep sebegitu, tapi mereka mampu mendidik diri supaya sentiasa menjalankan tugas dgn baik.
Itu antara sikap sehari2 yang patut sebati dalam diri kita sebagai muslim, tapi our non muslim counterparts obviously outdo us. kita yang ada islam sebagai panduan hidup sepatutnya jadi seperti mereka malah lebih baik. ternyata, mereka lebih islam dari muslim. ini kerana anggapan kita terhadap islam hanya tertumpu pada hubungan vertical dan tidak horizontal. kita anggap cukup lah islam kita dengan solat puasa zakat dan haji (vertical) tapi kita lupa dengan muamalat sesama manusia (horizontal). Seharusnya kita menjadikan islam sebagai cara hidup kita, dengan Allah, dengan manusia, dan juga dengan alam jagat.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments