Entry: ubat rindu... Thursday, July 24, 2008



sayang mahu jadi isteri yang tabah dan sabar
isteri yang tak perlu dimanjakan selalu
tapi jika abang menghulurkan kasih, sayang bersyukur
kerana itu nikmat utk sayang dari Allah
mungkin di atas kesabaran sayang, alhamdulillah

sayang mahu jadi isteri yang kuat
isteri yang menyokong semangat abang dengan doa
bukan dengan rajuk dan tangis rindu
sebab ianya akan jadi pelemah semangat juang abang

sayang mahu jadi isteri seorang pejuang
jadi sayang juga harus berjuang
melawan perasaan, mengubat kerinduan
dengan banyak2 mengingati Allah
dengan sentiasa bersangka baik kepada abang
jadi, jangan abang risaukan sayang
sayang tabah, sabar dan kuat
insyaa Allah.

jangan kabutkan fikiran abang dengan sayang
sayang fitnah untuk abang
gagallah sayang sebagai isteri
kalau abang terganggu dengan sayang

jangan risaukan hati abang dengan sayang
sayang seorang perempuan
yang hatinya Allah ciptakan amat istimewa
marahnya tidak lama, berkat tarbiyah, sejuklah dia..
insyaa Allah

ya Allah, sirami hati kami dengan sabar dan tawakkal

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments